Monday, May 15, 2017

Cara mengubati sakit sembelit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

         Tahukah tuan, puan jika kita menghadapi kesukaran untuk membuang air besar ia menunjukkan tanda kita menghadapi sembelit dan berkemungkinan akan  hadapi sakit buasir.
       Sembelit ini terjadi apabila najis yg keras amat sukar untuk keluar dan menyakitkan pedih akan terasa apabila kita buang air besar.
      Berdasarkan di atas pengalaman saya sendiri mengalami sakit ini hingga keluar darah . Maka saya cuba ikhtiar perubatan secara tradidional iaitu dengan meminum.air gamat. Air gamat atau tonik gamat ini mudah diperolehi di pasaraya dan farmasi di malaysia.

         Selepas saya minum dan mengamalkan minum air gsmat ini darah dari sakit sembelit ini hilang, tiada lagi keluar darah dari dubur.

         Selain itu doktor perubatan juga ada menasihatkan supaya saya banyak mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran (serat)untuk menghindari sakit sembelit ataupun menghindari dari penyakit buasir.

        Amalan memakan buah-buahan dan sayuran ini telah saya praktikkan dan perbanyakkan dalam menu makan seharian saya. Buah dan sayuran ini merupakan serat yang dapat melawaskan perut dan memudahkan proses pencernaan dalam badan.

        Kesimpulannya terdapat alternatif lain untuk mengubati  sakit sembelit ini iaitu dengan meminum air gamat selain dari memakan ubat hospital.

      Sekian , mudah -mudahan artikel, cerita benar daripada pengalaman saya sendiri ini dapat memberi banyak manafaat kepada tuan, puan di luar sana.

No comments:

Kurniailmu

My daughter say...

Happy all out there, Hope lives  happy with  what's already we have and thank God we still alive