Showing posts with label Makna di sebalik cantik. Show all posts
Showing posts with label Makna di sebalik cantik. Show all posts

Friday, November 9, 2018

CANTIK

Aslkm dan salam sejahtera

Di kesempatan ini bersempena penerbitan saya yang ke 190 ini ingin  saya tampil satu kelainan. Pada kali ini saya ingin menceritakan perihal kecantikan. Sebut sahaja perkataan cantik, pasti ada yang tergamam, teruja atau berpaling ke arah kecantikan yang diungkapkan .Secara bahasa ianya ditulis dengan ejaan ringkas C A N T I K.

Semua makhluk tuhan yang bergelar manusia ingin kelihatan cantik, samada cantik dari segi rupa-paras, cantik tubuh badan ataupun cantik dari segi pemakaian serta ketermpilannya.

Kita ingin kelihatan cantik pada apa yang kita pakai, terutamanya  kaum wanita yang ingin nampak lebih cantik dan menarik dengan memakai pakaian sutera , memakai rantai emas, berlian  ataupun bersolek  

Cantik pada penceritaan saya di sini ialah cantik yang berkenaan kita sebagai manusia. Menerangkan manusia yang ingin kelihatan cantik dan menerangkan manusia itu juga  yang suka melihat perkara yang cantik-cantik. Contohnya Jika si dia gemuk , tak cantik, jika kurus, cantik.Jika si dia  berjerawat  tak cantik , jika rupa kulit licin cantik.Jika si dia tiada gigi tak cantik, jika ada gigi dan  gigi putih cantik. 

Bercerita pasal cantik ini memang banyak boleh dihuraikan dan jika nak dihuraikan memang ia  boleh mencecah hingga  beratus~ratus muka surat panjangnya dan  mungkin buku berkaitan cantik ini sudah  ada dijual di pasaran. Namun ia  amatlah bergantung  kepada usaha  si penulis  itu sendiri    sanggup untuk menulis dengan panjang , siang malam bercerita pasal cantik . 

Cantik mungkin boleh dilihat dari sudut yang lain iaitu cantiknya bahasa yang kita tuturkan, ucapkan atau kita tulis dengan bahasa yang baik juga cantik melalui susunan ayat penceritaannya. Cantik  dari sudut lain pula dilihat pada cantiknya sebuah kereta, cantiknya  sekuntum bunga dan lain-lain perkara cantik yang ada di alam maya milik tuhan pencipta keseluruahan alam semesta yang luas ini.

Namun pada artikel ini  menerangkan tentang cantik manusia, termasuklah kita yang sedang membaca artikel  ini. 

Adakah anda yakin anda cantik? atau anda cuma perasan je, cantik perlu diukur oleh orang lain yang melihatnya. Bukan kita kata kita cantik dan syok sendiri., dan itulah yang dinamakan perasan cantik sebenarnya.

Berkenaan cantik juga,  ada yang mengatakan cantik itu  bersifat subjektif , tiada ukuran ianya mengikut pada pandangan mata masing-masing.

Berkaitan cantiknya manusia ini jika sebilangan besar menyatakan si dia cantik ataupun majoriti daripada 10 orang yg ditanya adakah si dia itu cantik dan seramai 7 orang ataupun lebih menyatakan si dia cantik, maka beliau memang benar-benar cantik.

Perihal cantik ini kita hanya nampak sekali pandang pada luaran rupa serta fizikalnya sahaja jika kita tak mengenalinya.

Pepatah ada mengatakan tak kenal maka tak cinta. Ada mereka yang.cantik namun akhlak di dalamnya tidak, ada mereka yang tak cantik namun akhlaknya baik. 

Ada mereka yang kurang cantik namun ada sesuatu yang ada pada dia yang tidak dimiliki oleh orang lain yang menyebabkan  segelintir  manusia menaruh hati , minat kepadanya.

Berkaitan pepatah tak kenal maka tak cinta ini kita boleh ambil contoh, jika kita tak kenal apa itu buah durian ataupun orang luar negara, orang putih   yang tak  pernah makan durian maka mereka akan melihat buah durian itu dari segi luarannya berduri, keras dan tak cantik , namun bila dikopek dan dirasai isi durian tersebut , rasanya enak.

Itulah perumpamaan istilah tak kenal maka tak cinta. Bila kita sudah kenal apa itu buah durian baru kita tahu bahawa ia merupakab buah yang sangat enak dimakan.

Yang penting di sini ialah kjta kenal dahulu seseorang itu atau benda itu,  maka baru kita  tahu akan kebaikan dan keburukannya. Bukan hanya melihat pada cantiknya sahaja. 

Di dalam agama islam, hadis nabi ada menyatakan jika hendak memilih jodoh itu pilihlah  pada rupa kecantikannya, keturunannya, kekayaannya, agamanya namun  yang paling utama nikahilah   kerana agamanya (akhlaknya) kerana kelak kamu tidak rugi. 

Firman tuhan ; Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik kejadian ( Cantik)

Berbanding dengan ciptaan tuhan yang lainnya kelihatan sama sahaja rupa mukanya seperti semut sama sahaja rupanya  dengan semut yang lain, kalau gajah dengan hidung yang  dimiliki gajah  belalai panjang sama sahaja rupa sesama mereka.Kalau pokok sama juga  begitulah bentuk strukturnya, jika ikan sama sahaja  bentuknya  dan kepalanya sahaja yang nampak jelas fungsinya.

Manakala manusia istimewanya dia  dijadikan tuhan dengan pelbagai bentuk kesempurnaan. Manusia itu dijadikan tuhan dengan  pelbagai bentuk kecantikan , manusia ada pelbagai  jenis macam rupa bentuk samada dari rupa parasnya atau fizikalnya.

Fikir=fikirkanlah. 

Cantik itu anugerah tuhan dan bersyukurlah kepada tuhan kerana  kita dijadikan sebagai manusia, masih hidup lagi di sini , masih sempat dan berpeluang lagi untuk menuntut ilmu dan mencari kebenaran agar berjaya hidup di dunia dan berjaya hidup di akhirat (sesudah mati)




Kurniailmu

My daughter say...

Happy all out there, Hope lives  happy with  what's already we have and thank God we still alive