Di ruangan blog saya pada kali ini, saya ingin menceritakan perihal cara, langkah nak kuruskan badan selepas gemuk, kerana gemuk tak cantik , tidak kelihatan menarik terutamanya bagi kaum wanita.
Semua ini bertitik tolak kerana sifat manusia yang suka kepada cantik.
Bagi yang menjaga ketrampilan, juga yang mementingkan kesihatan, ramai yang tidak berpuas hati apabila badan gemuk, setiap hari meniliik, tengok badan di cermin , setiap hari timbang berat badan, setiap hari rasa tak puas hati perut naik semakin buncit, pipi muka tembam, badan tak slim
"Aduh sakit hatinya."
cuba tekan-tekan, penyet-penyet perut dengan tangan sendiri tak kurus juga dan ianya tak semudah itu nak bagi tubuh kembali kurus seperti yang diinginkan.
Kata mereka yang gemuk ; Alahai , tak keluar rumah dah aku selepas ini, malu kepada orang di luar sana kerana gemuk, sudah tak cantik lagi, makin buncitlah perut agaknya kalau macam ni .
Sebenarnya kita tidak boleh bersikap seperti ini, mudah berputus asa dengan membiarkan diri kita merasa tidak selesa dengan tubuh yang gemuk .
Pentingnya untuk menjaga tubuh kita dari menjadi lebih gemuk hingga tak terkawal, sehingga mencapai ke tahap obesiti. Pengawalan ini penting demi kebaikan kesihatan kita juga.
Jika kita membiarkan diri kita gemuk hingga ke obesiti, kita juga yang akan menanggung sakitnya nanti. Peringkat gemuk hingga obesiti ini amat bahaya, ia umpama badan kita seperti belon yang ditiupkan , masuk angin dalam belon hingga semakin membesar dan membesar sehingga belon itu pecah.
Begitulah juga dengan keadaan tubuh kita, jika dibiarkan semakin membesar boleh memudaratkan organ penting dalam tubuh kita hingga ianya rosak, pecah.
Contohnya sakit kencing manis, pada asalnya kebanyakan pesakit kencing manis adalah terdiri darj mereka yang gemuk, sehinggalah organ pankreas yang mengeluarkan insulin itu rosak maka tubuh pun tiba-tiba bertukar menjadi kurus.
Dari sudut kesihatan, gemuk, obesiti ini tidak baik untuk manusia.Ikhtiar untuk menjadi kurus dengan cara yang betul adalah jalan terbaik agar kita dapat menjalan hidup ini dengan lebih bahagia.
Sememangnya tubuh yang gemuk menimbulkan rasa tidak puas hati kerana tidak cantik, tak selesa mungkin juga kita yang pada sebelum ini dikenali oleh kawan taulan kita dengan tubuh, badan yang kurus.
Manakala trend di era millenium pada masa kini masyarakt dunia sifat, perangai serta tabiatnya telah berubah .
Berubah yang berkaitan dengan pemakanan, makanan yang dijual, cara makan sudah berubah.
Kalau orang tua dahulunya tidak ada ubat,. pil-pil kurus yang boleh dibeli dengan mudah , orang dulu-dulu cuma ada ulam-ulaman, sayur-sayuran segar sahaja untuk diamalkan sebagai sumber serat bagi menguruskan badan.
Pada zaman sekarang style, cara pemakanan sudah berubah
Ada yang kata ; Makan banyak-banyak masa kita ada selera ni, bila sakit dan hilang selera makan, dah tak boleh makan lagi, tambahan pula hidup di zaman sekarang yang senang diperolehi makanan yang sedap-sedap, janji ada duit.
Jika makan tak control, tak berjaga-jaga, makan ikut sedap mulut je dan apabila dah rasa diri sudah gemuk maka saat itu barulah mulai cari herba, ubat , pil untuk kuruskan badan.
Pelbagai jenama, jenis pil kurus yang ada di pasaran.
Bebas untuk dipilih, dibeli mengikut citarasa, kesesuaian dan keberkesanannya. Sesetengahnya membeli produk kurus, langsingkan badan ini tanpa memikirkan kepada kesan sampingan yang akan timbul selepas mengamalkannya , asalkan tubuh badan cantik dan kurus
.Jika makan tak dijaga, satu hari bila seluar , baju dah tak muat untuk dipakai, terpaksa beli seluar saiz yang lebih besar, pada masa itulah mula tengok cermin, lihat body dah tak slim lagj.
"Omak gemuk dah rupanya saya , kata seorang kenalan yang perasan dia dah gemuk"
"Mak dia pun jawab ; emak pun tak dapat nolong nyer"
Itulah menunjukkan walaupun emak kita masak sedap banyak hidangan lazat, tapi bila tubuh dah naik, gemuk hingga malu nak keluar rumah , jawapan mak kita pun sebegitulah semuanya atas diri sendiri juga untuk cuba mengurangkan berat badan.
Oleh kerana itu langkah awal perlu kita amalkan bukan kerana mahu kurus untuk kelihatan cantik, tetapi kurus juga untuk kesihatan yang baik.
Di antara langkah-langkah baik untuk diamalkan ialah ;
Aktifkan diri, ringan tulang menolong orang lain, banyakkan pergeraksn badan dengan menganggap sebagai ianya sebahagian dari senaman untuk menguruskan badan. Tak rugi, sambil dapat pahala menolong orang lain boleh juga manafaat kepada kita . Di antara rutin harian yang boleh diamalkan yang juga dianggap senaman untuk menguruskan adan ialah ;
1. Jika kita seorang perempuan tu rajin-rajinlah memasak, mengemas rumah, buat kerja-kerja menanam bunga di luar rumah.
2. Jika kita seorang lelaki atau sudah bergelar suami,rajin-rajinlah membantu isteri menjaga anak, memasak, mengemas rumah. Fikirkan ia salah bentuk senaman agar kita lebih bertenaga, sihat dan tidak gemuk.
3.Jika kita memiliki kereta jangan basuh kereta di kedai kereta, basuh sendiri di samping boleh jimat duit.-jika ada masa lapang
4. Lepas tu jika kita nak kurus , tapi tak nak bangun,
Contohnya nak buka tv janganlah buka dengan remote control bangun cubalah buka dengan tangan.
Kalau nak minum air jangan beli air kotak atau dalam botol yg siap dijual di kedai.
Tapi buatlah sendiri air minuman di rumah, sambil jaga kesihatan dah tentu juga minuman itu selamat, bersih diminum juga merupakan satu bentuk senaman ringkas.
Lepas tu nak kurus, tapi tak nak bangun.
Nak kurus, tapi tak nak bergerak , satu prinsip atau amalan yang seboleh-bolehnya dielakkan
5. Tips lain yang biasa doktor perubatan sarankan banyakkan makan sayur- sayuran serta buah-buahan kerana ianya mengandungi serat fibre yang tinggi yang mempercepatkan rasa kenyang. juga melawaskan perut kita.
Amalan memakan oat juga baik untuk kesihatan kerana kandungan serat, fibre dalam oat yang tinggi.
6. Tips lain , kurangkan makan dengan berpuasa sunat kerana ada hadis menyatakan makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang
7. Satu lagi tips yanvi saya sendiri amalkan ialah meminum air panas yang direndam dengan biji halba atau dalam bahasa inggeris halna ini dipanggil dengan nama "fenugreek"
Cubalah beberapa tips untuk kuruskan badan dengan pelbagai cara seperti yang dinyatakan tanpa memakan pil , ubat kurus, mudah-mudahan berjaya dan bermanafaat.
No comments:
Post a Comment