Thursday, November 8, 2018

Cara-cara untuk jimatkan tenaga bateri handphone/tel bimbit

Aslkm dan salam sejahtera

Di sini saya nak berikan panduan kepada  pengguna telefon bimbit cara-cara, tips untuk jimatkan bateri tel bimbit dari cepat habis, juga untuk beri jangkahayat tel bimbit tahan lebih lama.

Bagi  tel bimbit, smartphone yang berada di pasaran pada masa sekarang kebanyakannya menggunakan model atau jenis bateri tel yg tidak boleh alih (build in battery)

Pertama sekali sebelum kita lihat pada tips penggunaan tel bimbit kita, cubalah kita cari , beli tel bimbit , smartphone yang menggunakan kapasiti bateri yg besar iaitu  seperti bateri berkapasiti  4000 mAh hingga 5000 mAh.   Tel yang terdahulu kebanyakannya hanya menggunakan 3000 mAh sahaja.

Berikut ialah di antara 15 tips penjimatan kuasa bateri semasa kita menggunakan tel bimbit, smart phone. 

1. Kurangkan penggunaan video, you tube. dan jika kita tidak menngunakan  internet tutupkan internet network ( turn off)

2.Kurangkan penggunaan aplikasi-aplikasi  tel seperti game , widget dsbnya , buangkan   (remove) dari tel. ( applikasi  seperti clean master jika noleh buangkan dari tel atau disablekannya)

3. Kurangkan pencerahan (brightness) cahaya paparan skrin tel atau guna automatik pencerahan (brightness)

4. Jangan charge tel  bimbit sebelum.kita tidur dan kita tinggalkannya semalaman dan  dibiarkan charge sehingga keesokan pagi , perbuatan kita ini mengundang untuk lebih merosakkan bateri tel  Tel bimbut yang cepat habis bateri akan tak bermakna kepada pennguna yang menggunakan servis talian yang data yang tak terhad (unlimited data)

5. Guna mod tel yang menjimatkan power bateri ianya berbeza mengikut jenis tel (contohnya spt super power saving mod )

6. Pastikan tutup semua applikasi yang kita  tidak digunakan spt wifi, bluetooth, location , radio off, GPS ( antara penyebab utama kuasa bateri lemah) 

(semasa charge tel,tutup (turn off) juga network, internet untuk mempercepatkan kuasa bateri masuk ke tel , tiada gangguan)

7. Jangan guna background wallpaper  yg bergerak (live wallpaper) seperti wallpaper ikan aquarium 

8. Update aplikasi  tel bimbit akan lebih  menjimatkan kuasa bateri tel 

9.  Jika mahu download, upload dan sync hanya menggunakan Wifi , panggunaan Wifi  lebih menjimatkan bateri daripada menggunakan 4G/3G

10. Pendekkan masa untuk skrin layar tel bimbit cerah, terbuka,  (adjust setting tel) biarkan paparan skrin tel cepat padam bila kita tak menggunakannya. Buka 'display setting' guna setting  sleep  ikut masa pendek yg dikehendaki spt 30:saat,1 minit dsbnya.

11. Tutupkan penggunaan aplikasi gegaran untuk tel (vibrate)

12.Kurangkan penggunaan bunyi atau tutupkan bunyi untuk notification, bunyi masa kita menaip dsbnya.

14. Biarkan tel kita sentiasa di dalam keadaan sejuk dingin.

Jika kita  dapati suhu  tel kita panas  ianya akan mempercepatkan susutnya kuasa bateri atau jika kita sentuh di belakang tel dan mendapati ianya panas maka jangan biarkan ia berterusan panas seeloknya  cepat-cepatlah lah letakkannya di tempat sejuk spt di bawah kipas, aircond dsb .

15.  Biarkan sekali  sekala tel kita dalam keadaan power off, atau charge dalam keadaan power off (skrim terpadam, gelap)  iaitu bukan dalam keadaan paparan skrin terbuka, cerah. bagi menjaga hayat  bateri tel

Inilah serba sedikit tips berguna untuk kita memanjangkan tempoh masa bateri telefon bimbit yang kita gunakan.Mudah-mudahan tips-tips ini dapat memberi manafaat kepada semua.


No comments:

Kurniailmu

My daughter say...

Happy all out there, Hope lives  happy with  what's already we have and thank God we still alive