Aslkm,
Ekzema atau sakit gatal kulit merupakan salah satu penyakit kulit yg dideritai oleh segelintir insan di dunia ini tidak kira tua, muda, anak kecil dsbnya. Penawar, penyembuh mujarab yg sebenar masih belum dijumpai
Doktor biasanya akan beri ubat sapu, antibiotik dan meminta menghindari daripada memakan makanan yg menyebabkan alahan gatal ini. Pesakit ekzema yg menghidap sakit gatal ini ataupun anak kecil yg menanggung sakit ini akan merasai tekanan, kesakitan kerana gatal teruk yg boleh menyebabkan pendarahan memberi tekanan kpd mental dan fizikal.
Penceritaan ini saya jelaskan atas pengalaman saya sendiri selaku seorang ayah yang mempunyai seorang anak yg nenghidap sakit gatal ekzema.
Anak sulung perempuan saya sejak dari lahir lagi menghidapi sakit ini sehingga ada keluar nanah dari benjolan gatal kulitnya, dan anak saya yang kecil ini yg masih tidak tahu apa-apa sehinggakan gatal kulitnya boleh menyebabkan luka pendarahan dan pedih bila kena air.
Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuk pergi ke klinik pakar yg menyatakan sebab alahan makanan dgn memberi ubat sapu. Begitu juga rawatan di Hospital kerajaan juga beri ubat sapu. Namun tak berkesan. Kata doktor bila anak ini meningkat dewasa dgn sendirinya antibodi tubuhnya akan meningkat kuat dan akan berupaya melawan sakit gatal ekzema ini.
Namun kita sebagai ibubapanya lah yg tak mampu melihat kesakitan anak dan menanggung sama, bersengkang mata pada waktu mlm krn melayani anak yg menggaru-garu gatal kulit pada ketika org lain nyenyak tidur.
Pengubatan secara tradisional juga saya turut lakukan dgn meminum air herba yg telah diberi oleh pengamal perubatan herba tradisional. Orang-orang dahulu biasanya akan mengatakan bahawa budak kecil yg alami gatal mcm ni menandakan menghidap sakit kenan. Biasanya ada benjol di belakang tengkok anak kecil tersebut yg perlu selalu diurut untuk mengendurkan benjolan tersebut seterusnya dapat menghilangkan sakit gatal ini.
Secara ringkasnya anak saya yg sekarang brrusia 5 tahun, sudah semakin sihat, kalau menggaru pun setakat menggaru tidaklah sampai berdarah dan pada sebelah malamnya pun anak saya boleh tidur dgn lena.
Nak kata pulih sepenuhnya tak lah, cuma biji-biji kecil yg biasa timbul di sebelah sendi dah tiada. Tapi jika anak saya berpeluh ia masih juga lagi menggaru, cuma tiada berlaku hingga ke peringkat berdarah.
Rahsia penawarnya ialah zaitun.
Di dalam al quran ada surah yg menyebut tentang buah zaitun ini bersama buah tin.
Keyakinan pada buah zaitun serta khasiatnya dan kesabaran menunggu hasil yg boleh melegakan sakit ekzema anak saya ini hasil dari penggunaan minyak zaitun
Dengan tambahan Nigella Sativa/ Habatussauda ( air rebusan saudda masukkan dalam susu anak)
Yakinlah anak akan menjadi lebih sihat, lakukan secara berterusan, insyallah sihat