One sketch, one image, nowhere, somewhere in side imagination.
Our dream , our sleep, and we don't have imagination someday when we die.
Ilmu pengetahuan ialah satu anugerah istimewa kpd manusia berbanding dgn makhluk tuhan yg lain. Cuma manusia perlu berusaha utk mendapatkannya./////// Knowledge is a special gift to human beings compared to other god creature Only humans need to work to get it.
Saturday, November 17, 2018
One draft- behind the glass wall
Monday, November 12, 2018
Cara nak kuruskan badan supaya kelihatan cantik
Di ruangan blog saya pada kali ini, saya ingin menceritakan perihal cara, langkah nak kuruskan badan selepas gemuk, kerana gemuk tak cantik , tidak kelihatan menarik terutamanya bagi kaum wanita.
Semua ini bertitik tolak kerana sifat manusia yang suka kepada cantik.
Bagi yang menjaga ketrampilan, juga yang mementingkan kesihatan, ramai yang tidak berpuas hati apabila badan gemuk, setiap hari meniliik, tengok badan di cermin , setiap hari timbang berat badan, setiap hari rasa tak puas hati perut naik semakin buncit, pipi muka tembam, badan tak slim
"Aduh sakit hatinya."
cuba tekan-tekan, penyet-penyet perut dengan tangan sendiri tak kurus juga dan ianya tak semudah itu nak bagi tubuh kembali kurus seperti yang diinginkan.
Kata mereka yang gemuk ; Alahai , tak keluar rumah dah aku selepas ini, malu kepada orang di luar sana kerana gemuk, sudah tak cantik lagi, makin buncitlah perut agaknya kalau macam ni .
Sebenarnya kita tidak boleh bersikap seperti ini, mudah berputus asa dengan membiarkan diri kita merasa tidak selesa dengan tubuh yang gemuk .
Pentingnya untuk menjaga tubuh kita dari menjadi lebih gemuk hingga tak terkawal, sehingga mencapai ke tahap obesiti. Pengawalan ini penting demi kebaikan kesihatan kita juga.
Jika kita membiarkan diri kita gemuk hingga ke obesiti, kita juga yang akan menanggung sakitnya nanti. Peringkat gemuk hingga obesiti ini amat bahaya, ia umpama badan kita seperti belon yang ditiupkan , masuk angin dalam belon hingga semakin membesar dan membesar sehingga belon itu pecah.
Begitulah juga dengan keadaan tubuh kita, jika dibiarkan semakin membesar boleh memudaratkan organ penting dalam tubuh kita hingga ianya rosak, pecah.
Contohnya sakit kencing manis, pada asalnya kebanyakan pesakit kencing manis adalah terdiri darj mereka yang gemuk, sehinggalah organ pankreas yang mengeluarkan insulin itu rosak maka tubuh pun tiba-tiba bertukar menjadi kurus.
Dari sudut kesihatan, gemuk, obesiti ini tidak baik untuk manusia.Ikhtiar untuk menjadi kurus dengan cara yang betul adalah jalan terbaik agar kita dapat menjalan hidup ini dengan lebih bahagia.
Sememangnya tubuh yang gemuk menimbulkan rasa tidak puas hati kerana tidak cantik, tak selesa mungkin juga kita yang pada sebelum ini dikenali oleh kawan taulan kita dengan tubuh, badan yang kurus.
Manakala trend di era millenium pada masa kini masyarakt dunia sifat, perangai serta tabiatnya telah berubah .
Berubah yang berkaitan dengan pemakanan, makanan yang dijual, cara makan sudah berubah.
Kalau orang tua dahulunya tidak ada ubat,. pil-pil kurus yang boleh dibeli dengan mudah , orang dulu-dulu cuma ada ulam-ulaman, sayur-sayuran segar sahaja untuk diamalkan sebagai sumber serat bagi menguruskan badan.
Pada zaman sekarang style, cara pemakanan sudah berubah
Ada yang kata ; Makan banyak-banyak masa kita ada selera ni, bila sakit dan hilang selera makan, dah tak boleh makan lagi, tambahan pula hidup di zaman sekarang yang senang diperolehi makanan yang sedap-sedap, janji ada duit.
Jika makan tak control, tak berjaga-jaga, makan ikut sedap mulut je dan apabila dah rasa diri sudah gemuk maka saat itu barulah mulai cari herba, ubat , pil untuk kuruskan badan.
Pelbagai jenama, jenis pil kurus yang ada di pasaran.
Bebas untuk dipilih, dibeli mengikut citarasa, kesesuaian dan keberkesanannya. Sesetengahnya membeli produk kurus, langsingkan badan ini tanpa memikirkan kepada kesan sampingan yang akan timbul selepas mengamalkannya , asalkan tubuh badan cantik dan kurus
.Jika makan tak dijaga, satu hari bila seluar , baju dah tak muat untuk dipakai, terpaksa beli seluar saiz yang lebih besar, pada masa itulah mula tengok cermin, lihat body dah tak slim lagj.
"Omak gemuk dah rupanya saya , kata seorang kenalan yang perasan dia dah gemuk"
"Mak dia pun jawab ; emak pun tak dapat nolong nyer"
Itulah menunjukkan walaupun emak kita masak sedap banyak hidangan lazat, tapi bila tubuh dah naik, gemuk hingga malu nak keluar rumah , jawapan mak kita pun sebegitulah semuanya atas diri sendiri juga untuk cuba mengurangkan berat badan.
Oleh kerana itu langkah awal perlu kita amalkan bukan kerana mahu kurus untuk kelihatan cantik, tetapi kurus juga untuk kesihatan yang baik.
Di antara langkah-langkah baik untuk diamalkan ialah ;
Aktifkan diri, ringan tulang menolong orang lain, banyakkan pergeraksn badan dengan menganggap sebagai ianya sebahagian dari senaman untuk menguruskan badan. Tak rugi, sambil dapat pahala menolong orang lain boleh juga manafaat kepada kita . Di antara rutin harian yang boleh diamalkan yang juga dianggap senaman untuk menguruskan adan ialah ;
1. Jika kita seorang perempuan tu rajin-rajinlah memasak, mengemas rumah, buat kerja-kerja menanam bunga di luar rumah.
2. Jika kita seorang lelaki atau sudah bergelar suami,rajin-rajinlah membantu isteri menjaga anak, memasak, mengemas rumah. Fikirkan ia salah bentuk senaman agar kita lebih bertenaga, sihat dan tidak gemuk.
3.Jika kita memiliki kereta jangan basuh kereta di kedai kereta, basuh sendiri di samping boleh jimat duit.-jika ada masa lapang
4. Lepas tu jika kita nak kurus , tapi tak nak bangun,
Contohnya nak buka tv janganlah buka dengan remote control bangun cubalah buka dengan tangan.
Kalau nak minum air jangan beli air kotak atau dalam botol yg siap dijual di kedai.
Tapi buatlah sendiri air minuman di rumah, sambil jaga kesihatan dah tentu juga minuman itu selamat, bersih diminum juga merupakan satu bentuk senaman ringkas.
Lepas tu nak kurus, tapi tak nak bangun.
Nak kurus, tapi tak nak bergerak , satu prinsip atau amalan yang seboleh-bolehnya dielakkan
5. Tips lain yang biasa doktor perubatan sarankan banyakkan makan sayur- sayuran serta buah-buahan kerana ianya mengandungi serat fibre yang tinggi yang mempercepatkan rasa kenyang. juga melawaskan perut kita.
Amalan memakan oat juga baik untuk kesihatan kerana kandungan serat, fibre dalam oat yang tinggi.
6. Tips lain , kurangkan makan dengan berpuasa sunat kerana ada hadis menyatakan makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang
7. Satu lagi tips yanvi saya sendiri amalkan ialah meminum air panas yang direndam dengan biji halba atau dalam bahasa inggeris halna ini dipanggil dengan nama "fenugreek"
Cubalah beberapa tips untuk kuruskan badan dengan pelbagai cara seperti yang dinyatakan tanpa memakan pil , ubat kurus, mudah-mudahan berjaya dan bermanafaat.
Sunday, November 11, 2018
BEAUTIFUL
This opportunity in conjunction with my 191th publication of my post to my blog, this I want to show a twist. This time I want to tell about beautiful. Just say beautiful words, there must be some glamorous, excited or turn towards and see the beautiful that is revealed. The language is written with a simple spelling of BEAUTIFUL
All human beings create by God want to look beautiful, beautiful in appearance, beautiful body or beautiful in terms of their usage and their perceptions.
We want to look beautiful on what we wear, especially women who want to look more beautiful and attractive by wearing silk clothes, wearing gold chain, diamonds or even
Beautiful in my story here is about beautiful as we humans. Explain that about human who wants to look beautiful and explains human who loves to see the beautiful things. For example if he or she is fat, not beautiful, if skinny, beautiful.If he/she is acne is not beautiful, if the skin look smooth beautiful .If he/she does not have a tooth is not beautiful, if he/she have a white teeth beautiful.
The story of beautiful article can be very much elaborated and if it is to be elaborated it can reach up to hundreds of pages of its length and perhaps this beautiful book is already sold in the market. But its relied heavily on the writers' own efforts to write long, day and night telling about beautiful story.
Beautiful can be seen from another angle of beautiful like language that we speak daily, say or we write with good language include we can read a beautiful story through the order of the sentence of his story.
Beautiful from another angle is seen in the beauty of a car, a beautiful flower blossom and other beautiful things that are in the virtual world of the creators. God.
But this article explains how beautiful humans are, including us who are reading this article.
Are you sure you are beautiful? or you're just joking, pretty, beautiful much needs to be measured by others who see it. It's not that we say we are beautiful and self-shocking, and that's what's called not a real beauty.
With respect also, some say that beautiful is subjective, no measure is according to the eyes of each.who see it.
With regard to one beautiful woman as a sample, if a lot of people say she is beautiful or the majority of the 10 people who are asked whether she is beautiful or not and seven or more people say she is beautiful, she is really beautiful.
About this beautiful we see only the appearance and physical appearance only if we do not recognize it.
The proverb state that's if we do not know then we do not love. There are those who are beautiful but morals in it not, there are those who are not beautiful but good manners.
There are those who are less beautiful but there is something in her that is not owned by others that causes a handful of people to put their hearts in interest.
With regard to the proverbial proverb statement we can see a example as like if we do not know what is the durians or others people who never eat durian then they will see the durian , they know durian only in terms of its prickly, hard and not beautiful appearance, but when packed and tasted the contents of the durian, it tastes good.
That is the one sample about the proverb an unknown term then it is not love. When we know what the durian fruit we know it is a very good fruit eaten.
The important thing here is to know the person or the thing first, then we know the advantages and disadvantages. Not just looking at the beautiful ones.
In the Islamic religion, the hadith of the Holy Prophet states that if you want to choose the mate, choose the beautiful of her, her offspring, her wealth, her religion, but most of all you are married because of your religion (good manner) because you will not lose or regret later.
God's Word; Indeed, human is the best creation of all things,(Beautiful) Compared to the creation of another thing, looks just form like face of ants as it seems same to be with other ants,
like face of the elephant with long nose with anx every elephant has the same nose, same face shape as their fellow. Look , If the tree it have the same structure, if the fish it have the same shape and its head is big.
While the special about human being is he/she was create by god with various of form of perfection. The human being is create by god with various form of beauty, Human being have various form of appearance either from their face appearance or physical appearance
Beautiful is a gift from god and god give many special thing to human .Human with brain and knowledge, human will know the truth and wrong about life.
if someone want sucess in life here , must have a knowledge and if someone want sucess life after death, (hereafter) also he must have a knowledge.
Think about it, think about nature, think about ourself
Friday, November 9, 2018
Mata -kurniaan tuhan
Satu kurnia dari tuhan untuk manusia dan makhluk lainnya ialah dua mata. Dengan mata, cahaya dapat masuk ke tubuh kita dan kita dapat melihat segalanya.
Pacaindera dua mata adalah kurniaan tuhan yang paling hampir dengan otak kita.
Cahaya datang melalui dua mata , dua lubang kecil yang diberikan Tuhan untuk melihat penciptaannya dan berfikir, memerhatikan dengan akal , dua mata yang hanya mempunyai dua lubang kecil untuk melihat , bahkan kita tidak dapatpun melihat di belakang diri kita sendiri
Penemuan yang luar biasa Ianya bukan sahaja berkenaan lubang hitam (black hole) yang diam-diam bersembunyi di alam semesta dan bahawa manusia sentiasa berfikir dan mencari kehebatan alam ini.
Tetapi semua rahsia bersembunyi tentang pengetahuan yang luar biasa ada di dalam diri kita. Mengenai dua mata kecil, dua lubang mata kecil yang mengarah ke otak kita dan dengan hadiah tuhan ini kepada kita, kita dapat melihat lubang hitam (black hole) yang manusia selalu membicarakan tentang keajaibannya.
(Malaikat itu diciptakan dari cahaya yang itulah juga sebabnya kita dapat melihat, cahaya dapat menebus pergi ke mata kita dan dengan cahaya kita dapat melihat semua keindahan penciptaan tuhan)
tips untuk menjaga mata supaya sentiasa sihat dan cerah ialah selalulah memberus gigi.
Two small Eyes - A gift
A gift from god for human and other creature is two eyes .With eye, light can enter to our body and we can see .
Two eyes is a gift that's too near with our brain.
Light is coming through our two eyes, two small hole that god gift to us to see his creation and . We just have two small hole to see....even cannot see behind ourself
The incredible knowledge about black hole secretly hide in the universe th
But all hiding incredible knowledge, is inside ourself we must know about ourself . About our two small eyes, two small tiny holes eyes that direct to our brain and with this god gift to us we can see a black hole thats human always talk about its amazing.
( Angel is made from. light that is why we can see, Light. can run, go through. to our eyes and with lighr we can see all beautiful god creation)
One tips to take care our eyes is always brush our teeth (brush a teeth 3 to 5 time daily)
CANTIK
Aslkm dan salam sejahtera
Di kesempatan ini bersempena penerbitan saya yang ke 190 ini ingin saya tampil satu kelainan. Pada kali ini saya ingin menceritakan perihal kecantikan. Sebut sahaja perkataan cantik, pasti ada yang tergamam, teruja atau berpaling ke arah kecantikan yang diungkapkan .Secara bahasa ianya ditulis dengan ejaan ringkas C A N T I K.
Semua makhluk tuhan yang bergelar manusia ingin kelihatan cantik, samada cantik dari segi rupa-paras, cantik tubuh badan ataupun cantik dari segi pemakaian serta ketermpilannya.
Kita ingin kelihatan cantik pada apa yang kita pakai, terutamanya kaum wanita yang ingin nampak lebih cantik dan menarik dengan memakai pakaian sutera , memakai rantai emas, berlian ataupun bersolek
Cantik pada penceritaan saya di sini ialah cantik yang berkenaan kita sebagai manusia. Menerangkan manusia yang ingin kelihatan cantik dan menerangkan manusia itu juga yang suka melihat perkara yang cantik-cantik. Contohnya Jika si dia gemuk , tak cantik, jika kurus, cantik.Jika si dia berjerawat tak cantik , jika rupa kulit licin cantik.Jika si dia tiada gigi tak cantik, jika ada gigi dan gigi putih cantik.
Bercerita pasal cantik ini memang banyak boleh dihuraikan dan jika nak dihuraikan memang ia boleh mencecah hingga beratus~ratus muka surat panjangnya dan mungkin buku berkaitan cantik ini sudah ada dijual di pasaran. Namun ia amatlah bergantung kepada usaha si penulis itu sendiri sanggup untuk menulis dengan panjang , siang malam bercerita pasal cantik .
Cantik mungkin boleh dilihat dari sudut yang lain iaitu cantiknya bahasa yang kita tuturkan, ucapkan atau kita tulis dengan bahasa yang baik juga cantik melalui susunan ayat penceritaannya. Cantik dari sudut lain pula dilihat pada cantiknya sebuah kereta, cantiknya sekuntum bunga dan lain-lain perkara cantik yang ada di alam maya milik tuhan pencipta keseluruahan alam semesta yang luas ini.
Namun pada artikel ini menerangkan tentang cantik manusia, termasuklah kita yang sedang membaca artikel ini.
Adakah anda yakin anda cantik? atau anda cuma perasan je, cantik perlu diukur oleh orang lain yang melihatnya. Bukan kita kata kita cantik dan syok sendiri., dan itulah yang dinamakan perasan cantik sebenarnya.
Berkenaan cantik juga, ada yang mengatakan cantik itu bersifat subjektif , tiada ukuran ianya mengikut pada pandangan mata masing-masing.
Berkaitan cantiknya manusia ini jika sebilangan besar menyatakan si dia cantik ataupun majoriti daripada 10 orang yg ditanya adakah si dia itu cantik dan seramai 7 orang ataupun lebih menyatakan si dia cantik, maka beliau memang benar-benar cantik.
Perihal cantik ini kita hanya nampak sekali pandang pada luaran rupa serta fizikalnya sahaja jika kita tak mengenalinya.
Pepatah ada mengatakan tak kenal maka tak cinta. Ada mereka yang.cantik namun akhlak di dalamnya tidak, ada mereka yang tak cantik namun akhlaknya baik.
Ada mereka yang kurang cantik namun ada sesuatu yang ada pada dia yang tidak dimiliki oleh orang lain yang menyebabkan segelintir manusia menaruh hati , minat kepadanya.
Berkaitan pepatah tak kenal maka tak cinta ini kita boleh ambil contoh, jika kita tak kenal apa itu buah durian ataupun orang luar negara, orang putih yang tak pernah makan durian maka mereka akan melihat buah durian itu dari segi luarannya berduri, keras dan tak cantik , namun bila dikopek dan dirasai isi durian tersebut , rasanya enak.
Itulah perumpamaan istilah tak kenal maka tak cinta. Bila kita sudah kenal apa itu buah durian baru kita tahu bahawa ia merupakab buah yang sangat enak dimakan.
Yang penting di sini ialah kjta kenal dahulu seseorang itu atau benda itu, maka baru kita tahu akan kebaikan dan keburukannya. Bukan hanya melihat pada cantiknya sahaja.
Di dalam agama islam, hadis nabi ada menyatakan jika hendak memilih jodoh itu pilihlah pada rupa kecantikannya, keturunannya, kekayaannya, agamanya namun yang paling utama nikahilah kerana agamanya (akhlaknya) kerana kelak kamu tidak rugi.
Firman tuhan ; Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik kejadian ( Cantik)
Berbanding dengan ciptaan tuhan yang lainnya kelihatan sama sahaja rupa mukanya seperti semut sama sahaja rupanya dengan semut yang lain, kalau gajah dengan hidung yang dimiliki gajah belalai panjang sama sahaja rupa sesama mereka.Kalau pokok sama juga begitulah bentuk strukturnya, jika ikan sama sahaja bentuknya dan kepalanya sahaja yang nampak jelas fungsinya.
Manakala manusia istimewanya dia dijadikan tuhan dengan pelbagai bentuk kesempurnaan. Manusia itu dijadikan tuhan dengan pelbagai bentuk kecantikan , manusia ada pelbagai jenis macam rupa bentuk samada dari rupa parasnya atau fizikalnya.
Fikir=fikirkanlah.
Cantik itu anugerah tuhan dan bersyukurlah kepada tuhan kerana kita dijadikan sebagai manusia, masih hidup lagi di sini , masih sempat dan berpeluang lagi untuk menuntut ilmu dan mencari kebenaran agar berjaya hidup di dunia dan berjaya hidup di akhirat (sesudah mati)
Thursday, November 8, 2018
Cara-cara untuk jimatkan tenaga bateri handphone/tel bimbit
Aslkm dan salam sejahtera
Di sini saya nak berikan panduan kepada pengguna telefon bimbit cara-cara, tips untuk jimatkan bateri tel bimbit dari cepat habis, juga untuk beri jangkahayat tel bimbit tahan lebih lama.
Bagi tel bimbit, smartphone yang berada di pasaran pada masa sekarang kebanyakannya menggunakan model atau jenis bateri tel yg tidak boleh alih (build in battery)
Pertama sekali sebelum kita lihat pada tips penggunaan tel bimbit kita, cubalah kita cari , beli tel bimbit , smartphone yang menggunakan kapasiti bateri yg besar iaitu seperti bateri berkapasiti 4000 mAh hingga 5000 mAh. Tel yang terdahulu kebanyakannya hanya menggunakan 3000 mAh sahaja.
Berikut ialah di antara 15 tips penjimatan kuasa bateri semasa kita menggunakan tel bimbit, smart phone.
1. Kurangkan penggunaan video, you tube. dan jika kita tidak menngunakan internet tutupkan internet network ( turn off)
2.Kurangkan penggunaan aplikasi-aplikasi tel seperti game , widget dsbnya , buangkan (remove) dari tel. ( applikasi seperti clean master jika noleh buangkan dari tel atau disablekannya)
3. Kurangkan pencerahan (brightness) cahaya paparan skrin tel atau guna automatik pencerahan (brightness)
4. Jangan charge tel bimbit sebelum.kita tidur dan kita tinggalkannya semalaman dan dibiarkan charge sehingga keesokan pagi , perbuatan kita ini mengundang untuk lebih merosakkan bateri tel Tel bimbut yang cepat habis bateri akan tak bermakna kepada pennguna yang menggunakan servis talian yang data yang tak terhad (unlimited data)
5. Guna mod tel yang menjimatkan power bateri ianya berbeza mengikut jenis tel (contohnya spt super power saving mod )
6. Pastikan tutup semua applikasi yang kita tidak digunakan spt wifi, bluetooth, location , radio off, GPS ( antara penyebab utama kuasa bateri lemah)
(semasa charge tel,tutup (turn off) juga network, internet untuk mempercepatkan kuasa bateri masuk ke tel , tiada gangguan)
7. Jangan guna background wallpaper yg bergerak (live wallpaper) seperti wallpaper ikan aquarium
8. Update aplikasi tel bimbit akan lebih menjimatkan kuasa bateri tel
9. Jika mahu download, upload dan sync hanya menggunakan Wifi , panggunaan Wifi lebih menjimatkan bateri daripada menggunakan 4G/3G
10. Pendekkan masa untuk skrin layar tel bimbit cerah, terbuka, (adjust setting tel) biarkan paparan skrin tel cepat padam bila kita tak menggunakannya. Buka 'display setting' guna setting sleep ikut masa pendek yg dikehendaki spt 30:saat,1 minit dsbnya.
11. Tutupkan penggunaan aplikasi gegaran untuk tel (vibrate)
12.Kurangkan penggunaan bunyi atau tutupkan bunyi untuk notification, bunyi masa kita menaip dsbnya.
14. Biarkan tel kita sentiasa di dalam keadaan sejuk dingin.
Jika kita dapati suhu tel kita panas ianya akan mempercepatkan susutnya kuasa bateri atau jika kita sentuh di belakang tel dan mendapati ianya panas maka jangan biarkan ia berterusan panas seeloknya cepat-cepatlah lah letakkannya di tempat sejuk spt di bawah kipas, aircond dsb .
15. Biarkan sekali sekala tel kita dalam keadaan power off, atau charge dalam keadaan power off (skrim terpadam, gelap) iaitu bukan dalam keadaan paparan skrin terbuka, cerah. bagi menjaga hayat bateri tel
Inilah serba sedikit tips berguna untuk kita memanjangkan tempoh masa bateri telefon bimbit yang kita gunakan.Mudah-mudahan tips-tips ini dapat memberi manafaat kepada semua.
Kurniailmu
My daughter say...
Happy all out there, Hope lives happy with what's already we have and thank God we still alive
-
Do we know cinnamon and add with one spoon of honey can cure itchy outside our body especially if we have sinusitis disease (resdung) Try it...
-
Be a different with beauty art and design
-
Wrote with a peace of mind