Sunday, July 16, 2017

Punca dan penawar ringkas untuk sakit sembelit

      Sembelit iaitu kesukaran untuk membuang air besar, berpunca dari pemakanan kita.
Antara makanan yg jadi punca sukar buang air besar atau najis kita keras yang  saya tahu ialah ;
   i. Coklat  yg mengandungi koko (pahit) yg anak
      kecil suka makan
  ii. Kopi (pahit)
  iii.Peria (pahit)
kebanyakan makanan yg rasa pahit biasanya akan jadi punca sembelit.
       Coklat koko jika dibiarkan lama di luar pun dan terkena sedikit air  ia akan jadi keras apatah lagi jika berada di dalam perut kita. Boleh nak makan koko atau coklat tapi jangan makan banyak  terutamanya kanak-kanak
     Nak hilangkan sakit sembelit ni, adalah dengan cara memperbanyakkan makan buah- buahan atau sayuran iaitu bahan makanan   berserat yang seolah bertindak sebagai pelincir, melembutkan bahan kumuhan kita.
      Jika anak kecil pula yang hadapi masalah sembelit ini cubalah masukkan setitik atau 2 titik minyak zaitun (buah) ke dalam susu yg dibancuh.
      Banyakkanlah menu buah dan sayuran dalam pemakanan harian kita kerana banyak khasiat mengikut jenis buah dan sayur, dan selain itu ianya juga banyak membantu mengurangkan berat badan.
      Mudah-mudahan artikel ini dapat menambah ilmu pegetahuan dan memberi manafaat kepada semua.

No comments:

Kurniailmu

My daughter say...

Happy all out there, Hope lives  happy with  what's already we have and thank God we still alive