Sunday, December 23, 2018

My family

Love yourself and your family while living here and hereafter with knowledge

Sunday, November 25, 2018

Happy Birthday ; part of Human life circle

First human born and we greet with Happy Birthday, Happy Birthday, Happu Birthday.
Life always beautiful.
We always forgot where we are coming  from
God give a chance while we alive to search a knowledge, be a good person and hope god guide us and we live  peace here in this world and hereafter (after death)
Our parent hope we will become a good person.
Within a time always move
we always forgot, ignore , don't care about what we do everyday.
We always forgot about good or bad, truth or wrong, know or don't know, life and death, heaven and hell.

Just to think and noted to all reader and to me also

Wednesday, November 21, 2018

Saturday, November 17, 2018

One draft- behind the glass wall

One sketch, one  image, nowhere, somewhere in side imagination.
Our dream , our sleep, and we don't have imagination someday when we die.

Monday, November 12, 2018

Cara nak kuruskan badan supaya kelihatan cantik

Di ruangan blog saya pada kali ini, saya ingin menceritakan perihal cara, langkah nak kuruskan badan selepas gemuk, kerana gemuk tak cantik , tidak kelihatan menarik terutamanya bagi kaum wanita.

Semua ini bertitik tolak kerana sifat manusia yang suka kepada cantik.

Bagi yang menjaga ketrampilan,  juga yang mementingkan  kesihatan, ramai yang tidak berpuas hati apabila badan gemuk, setiap hari meniliik, tengok badan di cermin , setiap hari timbang berat badan, setiap hari rasa tak puas hati perut naik semakin buncit, pipi muka tembam, badan tak slim

"Aduh sakit hatinya."
cuba tekan-tekan, penyet-penyet perut dengan tangan sendiri tak kurus juga dan ianya tak semudah itu nak bagi tubuh kembali kurus seperti yang diinginkan.

Kata mereka yang gemuk ; Alahai , tak keluar rumah dah aku selepas ini, malu kepada orang di luar sana kerana gemuk, sudah tak cantik lagi, makin buncitlah perut agaknya kalau macam ni .

Sebenarnya kita tidak boleh bersikap seperti ini, mudah berputus asa dengan membiarkan diri kita merasa tidak selesa dengan tubuh  yang gemuk .

Pentingnya  untuk menjaga tubuh kita dari menjadi lebih gemuk hingga tak terkawal, sehingga mencapai ke tahap obesiti. Pengawalan ini penting  demi kebaikan  kesihatan kita juga.

Jika kita membiarkan diri kita gemuk hingga ke obesiti, kita juga yang akan menanggung sakitnya nanti. Peringkat gemuk hingga obesiti ini amat bahaya, ia umpama badan kita seperti belon yang ditiupkan , masuk angin dalam belon hingga semakin membesar dan membesar  sehingga  belon itu pecah.

Begitulah juga dengan keadaan tubuh kita, jika dibiarkan semakin membesar boleh memudaratkan organ penting dalam tubuh kita hingga ianya rosak, pecah.
Contohnya sakit kencing manis, pada asalnya kebanyakan pesakit kencing manis adalah terdiri darj mereka yang  gemuk, sehinggalah organ pankreas yang mengeluarkan insulin itu rosak maka tubuh pun tiba-tiba bertukar menjadi kurus.

Dari sudut kesihatan, gemuk, obesiti ini tidak baik untuk manusia.Ikhtiar  untuk menjadi kurus dengan cara yang betul adalah jalan terbaik agar kita dapat menjalan hidup ini dengan lebih bahagia.

Sememangnya tubuh yang gemuk menimbulkan rasa tidak puas hati kerana tidak cantik, tak selesa mungkin juga kita yang pada   sebelum ini dikenali oleh kawan taulan kita dengan tubuh, badan yang  kurus.

Manakala trend di era millenium pada masa kini masyarakt dunia sifat, perangai serta tabiatnya telah berubah .
Berubah yang berkaitan dengan pemakanan, makanan yang dijual, cara makan sudah berubah.

Kalau orang tua dahulunya tidak ada ubat,. pil-pil kurus yang boleh dibeli dengan mudah , orang dulu-dulu cuma ada ulam-ulaman, sayur-sayuran segar sahaja untuk diamalkan sebagai sumber serat bagi menguruskan badan.

Pada zaman sekarang style, cara pemakanan sudah berubah

Ada yang kata ; Makan banyak-banyak masa kita  ada selera ni, bila sakit dan hilang selera  makan, dah tak boleh makan lagi,   tambahan pula hidup di zaman sekarang yang senang diperolehi  makanan yang sedap-sedap, janji ada duit.

Jika makan tak control,  tak berjaga-jaga,  makan ikut sedap mulut je dan apabila dah rasa diri sudah gemuk maka  saat itu barulah mulai cari herba, ubat , pil untuk kuruskan badan.

Pelbagai jenama, jenis pil kurus yang ada di pasaran.
Bebas untuk dipilih, dibeli mengikut citarasa, kesesuaian dan keberkesanannya. Sesetengahnya membeli produk kurus, langsingkan badan ini tanpa  memikirkan kepada kesan sampingan yang akan timbul selepas mengamalkannya , asalkan tubuh badan cantik dan kurus

.Jika makan tak dijaga, satu hari bila seluar , baju  dah tak muat untuk dipakai, terpaksa beli seluar saiz yang lebih besar, pada masa itulah mula tengok cermin, lihat body dah tak slim lagj.

"Omak gemuk dah rupanya saya , kata seorang  kenalan yang perasan dia dah gemuk"

"Mak dia pun jawab ; emak pun tak dapat nolong nyer"

Itulah menunjukkan walaupun emak kita masak sedap banyak hidangan lazat, tapi bila tubuh dah naik, gemuk hingga malu nak keluar rumah , jawapan mak kita pun sebegitulah semuanya atas diri sendiri juga untuk cuba mengurangkan berat badan.

Oleh kerana itu langkah awal perlu kita amalkan bukan kerana mahu kurus untuk kelihatan cantik, tetapi kurus juga untuk kesihatan yang baik.

Di antara langkah-langkah  baik untuk diamalkan  ialah ; 
Aktifkan diri, ringan tulang menolong orang lain, banyakkan pergeraksn badan dengan menganggap sebagai ianya sebahagian dari senaman untuk menguruskan badan. Tak rugi, sambil dapat pahala menolong orang lain boleh juga manafaat kepada kita . Di antara rutin harian yang boleh diamalkan yang juga dianggap senaman untuk menguruskan adan ialah ;

1. Jika kita seorang perempuan tu rajin-rajinlah memasak, mengemas rumah, buat kerja-kerja menanam bunga di luar rumah.

2. Jika kita seorang lelaki atau sudah bergelar suami,rajin-rajinlah membantu isteri menjaga anak, memasak, mengemas rumah. Fikirkan ia salah bentuk senaman agar kita lebih bertenaga, sihat dan tidak gemuk.

3.Jika kita memiliki kereta jangan basuh kereta di kedai kereta, basuh sendiri di samping boleh jimat duit.-jika ada masa lapang

4. Lepas tu jika kita nak kurus , tapi tak nak bangun, 
Contohnya nak buka tv janganlah buka dengan remote control bangun cubalah buka dengan tangan.

Kalau nak minum air jangan beli air kotak atau dalam botol yg siap dijual di kedai.
Tapi  buatlah sendiri air minuman di rumah, sambil jaga kesihatan  dah tentu juga minuman itu selamat, bersih diminum juga merupakan satu bentuk  senaman ringkas.

Lepas tu nak kurus, tapi tak nak bangun.
Nak kurus, tapi tak nak bergerak , satu prinsip atau amalan yang seboleh-bolehnya dielakkan

5. Tips lain yang biasa doktor perubatan sarankan banyakkan   makan sayur- sayuran serta buah-buahan kerana ianya mengandungi serat fibre yang tinggi yang mempercepatkan rasa kenyang. juga melawaskan perut kita.
Amalan memakan oat juga baik untuk kesihatan kerana kandungan serat, fibre dalam oat yang tinggi.

6. Tips lain , kurangkan  makan dengan berpuasa sunat kerana ada hadis menyatakan makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang

7. Satu lagi tips yanvi saya sendiri amalkan ialah meminum air panas yang  direndam dengan biji halba atau dalam bahasa inggeris halna ini  dipanggil dengan nama "fenugreek"

Cubalah beberapa  tips untuk kuruskan badan dengan pelbagai cara seperti yang dinyatakan  tanpa memakan pil , ubat kurus, mudah-mudahan  berjaya   dan bermanafaat.




































Kurniailmu

My daughter say...

Happy all out there, Hope lives  happy with  what's already we have and thank God we still alive