Friday, May 26, 2017

Cara-cara ingin berjaya berhenti dari tabiat merokok

        Tahukah kita pada asalnya tabiat merokok bukanlah satu perkara yang kita amalkan sejak dari kita lahir.Para para perokok pun sedar tabiat merokok yang diamalkan sebenarnya banyak menyekat kebebasan mutlak kita untuk menjalani hidup seharian dengan selesa.
Merokok mengongkong kita, tiada rokok seolah -olah kita sudah tiada nafas, tak selesa, gelisah dan sebagainya.
Bagi perokok tiada isteri di sebelah tak mengapa lagi
Tapi jika tiada rokok di sebelah tempat tidur, seolah hidup dunia sudah tak bermakna lagi.Begitulah keadaannya kuatnya kongkongan rokok yang pada hakikatnya meragut kebebasan hidup kita.
       Di sini saya ingin kongsikan  cara-cara yang berkesan dan  berjaya untuk berhenti merokok buat selamanya. Di antaranya ialah ;

i. Tanam Azam -Perlu Ingat rokok menyekat kebebasan kita,  ada semangat dan keinginan yang bersungguh-sungguh untuk berhenti ketagihan ini.

ii. Jika berhenti merokok jangan lagi menerima punting rokok ke dalam.mulut kita walaupun ianya percuma dari pemberian kawan ataupun murah , juga sama sekali jangan ambil rokok daun, (tembakau gulung sendiri) walaupun ianya menjimatkan.
Jika perokok cakap dah kurang hisap sekarang , cuma sebatang dua sahaja hisap dan tak beli rokok. Keadaan yang kita amalkan seperti ini sebenarnya memerangkap diri ianya  akan bertqmbah. sukar untuk kita berhenti merokok. - kalau nak berhenti rokok, berhenti sepenuhnya, tiada asap dan tiada punting rokok di mulut untuk selama-lamanya.
(Ingatlah nak hisap rokok mudah , nak berhenti merokok amat sukar)

iii. Jangan buat azam atau matlamat berhenti rokok hanya untuk 2 tahun, 3 tahun tetapi matlamat adalah untuk tak mahu masuk asap rokok lagi ke dalam tubuh atau punting rokok di mulut untuk selama-lamanya.

iv. Tahan kesakitan iaitu kesan-kesan  kepada tubuh dari berhentinya tabiat, ketagihan  merokok .
Keadaan ini terjadi  mungkin kerana kita  telah menghisap rokok dalam jangkamasa yang agak lama, sejak dari umur 18 tahun misalnya. Pada peringkat permulaan berhenti merokok , tubuh kita seolah-olah tidak boleh menerima ketidakhadiran, ketiadaan nikotin rokok yg telah lama sebati dalam diri kita.

v.Banyakkan  fikir faedah untuk bebas berhenti merokok demi untuk kebebasan mutlak.

Begitulah di antara cara-cara yang saya fikir terbaik untuk berhenti ketagihan merokok Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manafaat kepada para perokok sekalian.

No comments:

Kurniailmu

My daughter say...

Happy all out there, Hope lives  happy with  what's already we have and thank God we still alive